Mangsa banjir Kota Marudu meningkat ke 11,307 orang

KOTA MARUDU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu merekodkan peningkatan mangsa banjir kira-kira 11,307 orang setakat pukul 8 malam, Khamis.

Pengerusi JPBD Kota Marudu, Meirin Sugara berkata, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu mula diaktifkan pada Rabu dan setakat pukul 7 malam pada Khamis, Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Marudu merekodkan keadaan paras air di Sungai Bandau 3.93 meter berada di Bawah Paras Waspada dan Sungai Bongon 6.90 meter di Paras Amaran.

“Ini merangkumi Kampung (Kg) Tigaman dan Kg. Tamisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, 17 kampung di DUN Bandau iaitu Kg. Balagaton, Kg. Langkon Baru, Kg. Pancur, Kg. Marudu, Kg. Bengkongan, Kg. Marudu Darat, Kg. Ongkilan, Kg. Batu 4, Kg. Pekan Lama, Kg. Bintasan Laut, Kg. Tambun, Kg. Talantang, Kg. Kg.Ranau, Kg. Tinondukan Bod, Kg. Rasak Darat, Kg. Parong dan Kg. Popok.

“Manakala, sembilan kampung lagi dalam DUN Tandek melibatkan Kg. Gorontung, Kg. Sumbilingon, Kg. Kuranji, Kg. Masolog. Kg. Rakit, Kg. Longob, Kg. Tarangkapas, Kg. Bunsadan dan Kg. Damai,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurut Meirin, terdapat 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang kini beroperasi dengan jumlah keseluruhan 2,864 mangsa melibatkan 1,066 Ketua Isi Rumah (KIR).

Antara PPS berkenaan adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ranau dengan jumlah 502 mangsa merangkumi 143 Ketua Isi Rumah (KIR), PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) menempatkan 192 mangsa daripada 58 KIR, PPS Sekolah Menengah Agama Goshen dengan 336 mangsa melibatkan 131 KIR dan PPS Sekolah Rendah Agama Damai dengan 169 mangsa dari 88 KIR.

“Selain itu, PPS SK Kota Marudu 2 dengan 283 mangsa melibatkan 154 KIR,
PPS SMK Bandau seramai mangsa 342 orang melibatkan 117 KIR, SMK Tandek dengan 235 mangsa melibatkan 70 KIR dan PPS Dewan Kampung Masalog dengan 308 mangsa dari 110 KIR.

“PPS Dewan SK Teritipan juga yang dibuka menempatkan 497 mangsa melibatkan 196 KIR selain PPS Dewan Komuniti setakat itu masih dalam proses mendaftar,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Jelas Meirin, Kerja-kerja ‘site clearing’ yang dilaksanakan di Jalan Marak Parak telah selesai dan laluan tersebut sudah boleh digunakan pada pukul 5 petang Khamis.

“Sebelum itu para pengguna jalan raya menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Kandagon yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

“Hujan lebat yang berterusan juga mengakibatkan tiga kegagalan cerun di Kota Marudu iaitu Jalan Marak-Parak Kampung Tonsung, dimana hanya satu lorong yang boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan kerja-kerja pembersihan masih diteruskan di tapak.

“Seterusnya dua Jalan di Jalan Katud, Kg. Katud, dimana terdapat hanya satu lorong yang boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan dan terdapat jalan kedua-dua lorong boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Papan tanda amaran di kedua-dua kawasan itu juga telah dipasang,” tambahnya.

Sehubungan itu, Meirin menasihati agar penduduk Kota Marudu sentiasa menjaga keselamatan,mengelakkan diri berada di kawasan berisiko tinggi serta mematuhi setiap arahan dari semasa ke semasa selain sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa.

“Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) talian aktif 24 jam di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu atau menerusi talian 088-661655,” ujarnya.

Related Posts

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter