Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta positif dadah

PUTRAJAYA – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan kereta dipercayai dipandu lelaki positif dadah di kilometer 59 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh, Kuala Krai, Kelantan, pagi semalam.

Kejadian sekitar jam 10.10 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 25 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, kereta jenis Proton Saga sedang dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Kuala Krai.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kereta berkenaan kemudian bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.

Ujarnya, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Mazlan memberitahu, saringan awal saringan air kencing mendapati pemandu kereta itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan lanjut turut mendapati, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta itu yang memotong kenderaan di depannya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian penunggang motosikal,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

AI, semikonduktor pacu masa depan Sarawak – Abang Johari

MANCHESTER – Kecerdasan buatan (AI), teknologi hidrogen dan industri semikonduktor kini diangkat sebagai teras utama hala tuju masa depan Sarawak dalam membina ekonomi baharu yang lebih mampan, berdaya saing dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AI, semikonduktor pacu masa depan Sarawak – Abang Johari

AI, semikonduktor pacu masa depan Sarawak – Abang Johari

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi