Malaysia, Timor-Leste teroka kerjasama baharu

PUTRAJAYA – Pertemuan pemimpin Malaysia dan Timor-Leste memberikan peluang kepada kedua-dua negara menjalinkan kerjasama serta meneroka bidang baharu.

Ia termasuk sektor pembangunan desa, perumahan, industri halal, pemerkasaan sektor pelancongan yang semakin berkembang serta usaha Timor-Leste untuk menjadi anggota baharu di dalam Asean.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika pertemuannya dengan Presiden Timor-Leste, José Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão, Malaysia turut dianugerahkan tanah seluas 6,000 meter persegi yang boleh dimanfaatkan untuk pembinaan Kedutaan Malaysia dan pelbagai kegunaan rakyat.

“Penganugerahan itu sebagai simbolik memperkukuh hubungan dua-hala di antara kedua-dua negara.

“Selain itu, usaha untuk meningkatkan perdagangan dua-hala turut dilakukan dengan membuka peluang pembabitan yang lebih luas kepada sektor swasta untuk memainkan peranan mereka.

“Dalam hal ini, saya telah mencadangkan supaya TradeInvest Timor-Leste bagi menjalankan misi perdagangan dan pelaburan ke Malaysia dengan meneroka pelbagai peluang pelaburan yang berpotensi untuk manfaat kedua-dua negara.

“Malaysia, melalui Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) juga terus komited untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan Timor-Leste di bawah rangka Kerjasama Selatan-Selatan.

“Setakat ini, Malaysia sudah melatih 781 peserta dari Timor-Leste melalui pelbagai kursus dan program bantuan teknikal yang ditawarkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Zahid mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari bermula 28 Ogos lalu dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri