Malaysia-Thailand tunjuk isyarat jelas mahukan percepat pertumbuhan ekonomi

PASIR MAS – Kerjasama Malaysia dan Thailand termasuk dalam pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang adalah isyarat jelas bagi kedua-dua negara terbabit mahukan ekonomi dikawasan itu dapat berkembang dengan lebih pesat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah kedua-dua negara Malaysia-Thailand juga telah bersetuju agar tumpuan diberikan terhadap pelaksanaan beberapa projek utama yang telah lama tertangguh.

Katanya, projek tertangguh itu termasuk yang tertangguh sehingga mengambil masa puluhan tahun, kerana ia akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Pertemuan tadi kita minta (pembinaan projek jambatan kedua) disegerakan dan menjadi keutamaan projek kerjasama antara Thailand dan Malaysia, untuk beri gambaran positif tentang peningkatan kerjasama dari segi peningkatan ekonomi untuk Narathiwat (selatan Thailand) dan utara Kelantan.

“Sementara jambatan siap sepenuhnya, kita (Malaysia) juga harus mengadakan beberapa projek pembangunan dari sudut peluang-peluang perniagaan, gerai dan warung serta tempat perniagaan yang lebih baik di kawasan berdekatan jambatan, supaya ia tidak hanya jambatan tetapi juga rangkaian perniagaan di sebelah Kelantan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan keria ke Rantau Panjang dan Sungai Golok di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, di sini hari ini, yang turut melibatkan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.

Dalam pada itu, Anwar hari ini turut meninjau perkembangan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjong, dekat sini.

Perdana Menteri tiba di tapak projek seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menelan kos RM699 juta itu jam 3.50 petang, dengan diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan