Malaysia komited bantu Thailand selesai isu berbangkit

MALAYSIA menzahirkan penghargaan kepada Thailand dalam usaha menyelesaikan beberapa isu berbangkit berkaitan kedua negara ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persahabatan yang utuh dengan rakan sejawatnya, Srettha Thavisin membawa kepada penyelesaian permasalahan dengan baik.

“Dalam ucapan ringkas, saya zahirkan penghargaan kepada PM Srettha atas kesungguhan yang ditunjukkan dalam beberapa pertemuan kami tahun ini untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit.

“Alhamdulillah, persahabatan yang terjalin antara kami berdua telah membawa kepada persefahaman yang cukup bermakna hingga membolehkan isu-isu berbangkit mencapai kemajuan luar biasa dalam tempoh singkat,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar juga meletakkan harapan agar kerjasama ini mampu meningkatkan kerjasama positif demi kepentingan rakyat Malaysia dan Thailand.

“Semoga persahabatan Malaysia-Thailand dan hubungan peribadi antara saya dan PM Srettha terus utuh, sekali gus terus membuka laluan untuk meningkatkan tahap kerjasama kedua-dua negara demi manfaat rakyat,” katanya.

Beliau juga mengulangi pendirian bahawa kerajaan Malaysia mahu membantu menyegerakan Proses Dialog Damai di Selatan Thailand.

Malaysia juga akan memberi komitmen apa sahaja yang diperlukan Thailand sama ada dari segi ekonomi, keselamatan dan pendidikan.

Terdahulu, beliau tiba di Kelantan pada Sabtu untuk lawatan kerja di Rantau Panjang dan Sungai Golok bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin.

Anwar tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, pada jam 11.18 pagi dan disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri