Haniyeh dibunuh dengan peluru berpandu jarak dekat

TEHRAN – Pengawal Revolusi Iran mengatakan Israel membunuh Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh menggunakan peluru berpandu jarak dekat yang dilancarkan dari luar penginapannya di Tehran.

“Operasi pengganas ini dilakukan dengan melepaskan peluru jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram hingga menyebabkan letupan kuat dari luar kawasan penginapan,” kata sayap tentera Iran itu dalam satu kenyataan.

Ia menambah, Israel disokong oleh Amerika Syarikat dalam serangan itu.

Ismail Haniyeh dibunuh awal Rabu di ibu negara Iran, selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu, Dr Masoud Pezeshkian.

Iran dan Hamas berikrar untuk membalas dendam atas kematian Ismail Haniyeh.

Pengawal Revolusi Iran mengulangi tekad mereka kepada Ismail Haniyeh dengan membalas dendam dan Zionis akan menerima ‘hukuman yang berat’ pada masa, tempat dan cara yang sesuai.

Israel enggan mengulas mengenai pembunuhan Ismail Haniyeh.

Tentera Israel sebelum ini menyerang kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.

Serangan itu membunuh seorang komander kanan kumpulan pejuang dari Lubnan itu yang dipersalah untuk serangan roket hujung minggu yang membawa maut di Bukit Golan yang diduduki Israel.

Pembunuhan itu yang terbaru daripada beberapa kejadian besar yang mencetus ketegangan serantau semasa perang Gaza hingga menarik kumpulan pejuang yang disokong Iran di Syria, Lubnan, Iraq dan Yaman.

Related Posts

Resolusi hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran gagal

WASHINGTON – Satu resolusi dwipartisan bagi mengehadkan keupayaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk melancarkan perang terhadap Iran gagal di Senat ketika serangan ketenteraan masih berterusan. Langkah yang bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekatan bahan binaan burukkan krisis kemanusiaan di Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan tindakan Israel yang terus menyekat kemasukan bahan binaan perlindungan ke Semenanjung Gaza mengakibatkan ratusan ribu pelarian Palestin kini terdedah kepada ancaman banjir besar. Jurucakap PBB,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan