Malaysia tempat ke-10 dalam Indeks Keamanan Global

KOTA KINABALU – Malaysia mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-10 Indeks Keamanan Global (GPI) daripada lebih 160 buah negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, puluhan indikator yang diambil kira dalam penetapan GPI seperti kestabilan politik, kadar jenayah, bilangan anggota keselamatan yang dinisbahkan dengan penduduk dan banyak lagi faktor lain.

“Jadi bermaksud pencapaian ini bukan datang bergolek. Ini melalui perancangan dasar yang jelas.

“Pasukan Polis kami berbangga kerana kami menjadi sebahagian kepada yang ikut menyumbang kepada melonjakkan kedudukan Malaysia yang berada pada kedudukan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Batalion 21 PGA Keningau, Batalion 22 PGA Kunak dan Batalion 23 PGA Sri Aman, di Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini pada Ahad.

Jelasnya, pencapaian itu penting yang boleh menjadi kayu pengukur bagi para pelabur untuk membuat pelaburan ke Malaysia.

“Itu penting kerana ia menjadi kayu ukur misalnya kalau pelabur nak masuk, mesti ada satu jaminan, keyakinan bahawa duit yang dia nak bawa masuk selamat.

“Dia akan labur di satu negara yang isu keselamatannya tidak perlu dibimbangi,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai peluncuran Batalion 21, 22 dan 23, beliau berkata peluncuran 3 Batalion pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya 23 Batalion dengan kekuatan anggota 12,000 di seluruh negara.

Tambahnya, peluncuran ini membuktikan komitmen berterusan pasukan polis untuk menjalankan tanggungjawab hakiki iaitu memastikan keamanan dan keselamatan negara serta ketenteraman awam terjaga.

Related Posts

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan aktiviti domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan biarpun berdepan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan