Remaja lemas ketika cuba seberangi lombong ditemukan maut

GOPENG – Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas cuba menyeberangi sebuah lombong di Jalan Kilang Simen, Kota Bharu di sini, petang Sabtu, ditemukan maut pagi Ahad.

Mangsa, Muhammad Fazrul Qusry Ahmad Asmawi, 18, dipercayai sedang memancing bersama rakan-rakannya ketika kejadian berlaku.

Menurut rakan-rakannya, mangsa cuba menyeberangi lombong tersebut namun tenggelam ketika berada di pertengahan laluan dan tidak timbul semula.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.49 petang Sabtu.

“Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Setibanya di lokasi, rakan-rakan mangsa masih berada di tempat kejadian dan turut membantu menyalurkan maklumat kepada pihak bomba dan polis.

“Mereka memaklumkan mangsa tidak kelihatan semasa cuba menyeberangi lombong dan telah melakukan pencarian sendiri selama kira-kira 30 minit sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, operasi SAR pada malam kejadian ditangguhkan pada jam 11.15 malam dan disambung semula pada jam 8 pagi Ahad.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya menemui mayat mangsa pada jam 9.40 pagi, kira-kira 15 kaki (4.5 meter) dari lokasi dia dipercayai memancing.

“Mayat kemudian dibawa ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.28 pagi,” katanya lagi.

Difahamkan, mangsa merupakan anak saudara kepada salah seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.

Seramai 16 anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut yang turut dibantu oleh polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis