Malaysia telah hantar permohonan sertai BRICS – PM

PERBINCANGAN berkaitan penyertaan Malaysia untuk bersama BRICS menjadi antara intipati utama ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia di Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Malaysia telah menghantar surat permohonan kepada Rusia selaku Pengerusi organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, perbincangan turut menyentuh aspek pengukuhan kerjasama dua hala, dan Malaysia menegaskan agar hubungan sedia ada dipertingkat dan diperkukuh terutama dalam sektor pelaburan dan perdagangan, sains dan teknologi, pertanian, pertahanan dan ketenteraan, pendidikan serta pelancongan dan budaya.

“Perbincangan turut memberi penekanan berkaitan isu sejagat melibatkan situasi terkini di Palestin dengan kedua-dua negara menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata secara kekal, bantuan kemanusiaan segera selain Negara Palestin diperaku sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Berkenaan Ukraine, Malaysia menyeru agar dialog dan perbincangan menjadi jalan keluar kepada konflik ini,” catatnya.

Turut serta dalam pertemuan itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang