Malaysia, Singapura di peringkat akhir bincang operasi RTS Link

MALAYSIA dan Singapura kini dalam peringkat akhir perbincangan bagi menentukan kelancaran operasi perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelbagai faktor perlu diputuskan secara bersama khususnya dalam mengambil kira kebajikan penumpang dan waktu operasi yang bersesuaian.

“Operator perkhidmatan iaitu RTS Operation (RTSO) dianggotai individu dari Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan SMRT Corporation (SMRT), Singapura edang melakukan kajian pasaran akhir bagi menentukan kadar harga tambang yang bersesuaian dengan kemudahan tersebut.

“Apakah harga tambang yang sesuai kerana idea projek adalah memastikan semua pihak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut untuk rentas sempadan.

“Sehubungan itu faktor berkenaan perlu diambil kira sebelum harga ditetapkan, tetapi yang pasti ia perlu bersesuaian bagi menukar cara perjalanan,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis pendedahan tren pertama RTS Link di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas di sini hari ini.

Pada masa sama, Anthony turut memberitahu kaedah pembayaran akan mengguna pakai sistem pembayaran terbuka termasuk kad debit, kad kredit dan kemungkinan perkhidmatan ‘Touch n Go’, lapor Kosmo!

Sementara itu, beliau turut mengulas cadangan waktu pengoperasian perkhidmatan tersebut yang perlu mengambil kira jadual perjalanan rakyat Malaysia yang bekerja di republik ini.

“Waktu operasi juga akan diputuskan pihak operator, bagaimanapun boleh disahkan perkhidmatan tidak akan berjalan selama 24 jam sehari bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat.

“Tetapi ia akan ambil kira waktu perjalanan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, difahamkan ada yang memulakan perjalanan sebelum pukul 5 pagi. Itu perlu ambil kira,” ujarnya.

RTS Link merupakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang akan menyediakan sistem pengangkutan pantas dan efisyen menghubungkan dua negara dengan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen.

Related Posts

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

PADANG BESAR – Hasrat sebuah keluarga untuk membawa pulang jemaah umrah, Halimah Ismail, 64, ke tanah air tidak kesampaian apabila warga emas itu meninggal dunia di Madinah semalam. Anak ketiganya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PUTRAJAYA – Kerajaan komited mengurangkan kesan kenaikan kos elektrik terhadap rakyat dan sektor perniagaan meskipun berdepan ketidaktentuan harga bahan api di peringkat global. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik