Malaysia perjelas kedudukan ART kepada China — PM Anwar

MALAYSIA telah memberi penjelasan rasmi kepada China berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), sekali gus memastikan perjanjian itu tidak menjejaskan hubungan perdagangan sedia ada antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia telah memperincikan kedudukan dan implikasi perjanjian berkenaan kepada Beijing, termasuk ketika beliau sendiri memberikan penjelasan kepada rakan sejawatnya dari China, Li Qiang, dalam pertemuan dua hala.

“Mereka mahukan penjelasan dan kita sudah berikan. Saya tidak fikir kita perlu memperbesarkan perkara ini.

“China kekal sebagai rakan dagang yang sangat penting. Tiada apa-apa dalam perjanjian itu yang menghalang kita daripada meneruskan kerjasama dengan China,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran Perodua, QV-E, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Beijing menyuarakan kebimbangan serius terhadap beberapa bahagian dalam ART yang ditandatangani antara AS dengan Malaysia serta Kemboja.

Kebimbangan itu dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Khamis lalu, susulan perbincangan dua hala antara China dan Malaysia mengenai ART di Beijing, baru-baru ini.

Jurucakap itu turut menyatakan bahawa sebarang perjanjian tidak seharusnya menjejaskan pembangunan perdagangan global dan kerjasama serantau, selain tidak boleh menjejaskan kepentingan China.

Pada masa sama, China berharap Malaysia dapat mempertimbangkan kepentingan jangka panjang negara sebelum menangani isu berkenaan dengan sewajarnya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara