Malaysia hantar 20,000 naskah al-Quran ke Kemboja

PUTRAJAYA – Malaysia menghantar 20,000 naskhah al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Khmer ke Kemboja, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh syiar Islam di peringkat antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penghantaran itu dilaksanakan melalui Kompleks Nasyrul Quran dengan kerjasama Yayasan Restu serta penyumbang wakaf.

“Peluncuran ini bersempena sambutan Maulidur Rasul SAW dan diadakan tidak lama selepas ulang tahun kemerdekaan negara.

“Ia melambangkan semangat rahmatan lil ‘alamin, rahmat yang dikongsi merentasi bangsa dan sempadan negara, seiring dengan erti kemerdekaan yang membebaskan manusia daripada kejahilan dan penindasan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini 420,000 naskhah al-Quran dihantar ke pelbagai destinasi antarabangsa, termasuk 400,000 naskhah sebelum ini dan tambahan 20,000 naskhah ke Kemboja semalam.

“Menjelang akhir tahun ini, sebanyak 230,000 naskhah tambahan sedang dicetak untuk dihantar ke Jerman, Nepal, Sepanyol, Rusia, Sweden, Amerika Syarikat, negara di Amerika Selatan serta Afrika.

“Malaysia kini muncul sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia melalui Kompleks Nasyrul Quran sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab penyebaran al-Quran antarabangsa, selaras dengan aspirasi Masyarakat MADANI yang diperjuangkan kerajaan,” katanya.

Mohd Na’im turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pencetus serta duta penyebaran al-Quran ke seluruh dunia melalui lawatan rasmi beliau ke pelbagai negara.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16