Malaysia gesa AS-Iran guna saluran diplomasi tamatkan peperangan

AMERIKA Syarikat (AS) dan Iran digesa menggunakan saluran diplomasi untuk cari penyelesaian dan bukannya terus meningkatkan ketegangan.

Gesaan itu disyor Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera tanpa mengamalkan sikap dwistandard.

Beliau menegaskan, penghentian permusuhan dengan serta-merta dan tanpa sebarang syarat adalah amat mustahak.

“Serangan Israel ke atas Iran dan tindakan ketenteraan AS yang mengiringinya, boleh menjerumuskan Timur Tengah ke ambang malapetaka.

“Tindakan Israel yang memulakan serangan itu adalah cubaan keji untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung dan mengheret negara lain ke dalam konflik yang mungkin mustahil untuk dibendung,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menzahirkan kebimbangkan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Iran dan negara lain di rantau berkenaan, sekali gus menyatakan kerajaan akan berhubung dengan rakan serantau bagi menyelaraskan tindakan susulan.

Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai ‘serangan awal’ terhadap musuh ketatnya bagi ‘menghapuskan ancaman’.

Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16