Malangnya Melayu

SATU-SATUNYA perkara malang yang tidak disedari sebahagian Melayu di negara ini ialah mereka dikelirukan.

Pengelirunya datang kepada mereka dengan sebungkus jajan yang mengandungi resipi bangsa dan agama.

Kedua-dua ramuan itu sebenarnya ‘candu’ yang memusnahkan kebijaksanaan.

Sebab itulah saya terdetik untuk mengakui kebenaran suatu untaian kata yang bunyinya begini:

“Anak Cina fokus ‘study’ dan ‘bisnes’. Anak India fokus belajar bidang guaman dan medikal. Anak Melayu pula disuap dengan ancaman – bangsa lain khususnya Cina nak menguasai Malaysia.”

Malangnya (sebahagian) Melayu yang termakan umpan ini.

Lebih malang, mereka tidak sedar tertelan umpan candu itu, malahan menganggap Melayu yang bukan kelompok mereka sebenarnya menjadi mangsa.

Seawal usia yang mungkin mereka dihasut membenci kaum lain atas prasangka itu.

Dalam konteks bencana banjir sekarang, umpamanya, banyak akaun media sosial tampil menghasut pelajar Melayu membenci kerajaan.

Alasannya, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri tertentu dizalimi kerana tiada penangguhan peperiksaan tersebut.

Dikatakan konon itu dilakukan untuk merendahkan prestasi calon SPM Pantai Timur khususnya negeri itu.

Tanpa mengendahkan bahawa hasutan itu sebenarnya satu gangguan ke atas fokus calon SPM, para penghasut itu betul-betul mahu ‘membunuh’ akal budi remaja tersebut.

Tatkala mereka menuduh Kerajaan Perpaduan berpolitik dalam isu banjir, merekalah sebenarnya berbuat demikian.

Mereka memperlihatkan ‘hati hitam’ pembangkang dengan mendera emosi calon SPM; menyemai kebencian melampau ke atas kerajaan.

Memanglah akhirnya Melayu akan ketinggalan seperti yang dikatakan mereka tetapi bukan Kerajaan Perpaduan puncanya.

Yang memundurkan Melayu, merekalah – pembangkang yang setiap masa berpolitik, seolah-olah tidak hadam akan ajaran Islam.

Malang betul Melayu dan generasi muda yang kini berada dalam genggaman mereka.

Mereka tidak bernasib baik seperti Melayu dan generasi muda yang berada di luar ‘sihir’ pembangkang.

Soalannya sekarang, ada atau tidak jalan keluar bagi golongan yang bernasib malang itu?

Jawapannya ada – jauhi pembangkang dalam apa-apa juga keadaan, insya-Allah kejayaan menyusul.

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta