Majoriti dunia setuju Netanyahu ditangkap, ini kemenangan bagi pejuang hak keadilan

PUTRAJAYA – Majoriti masyarakat dunia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Amerika Syarikat (AS) menolak keputusan itu namun kebanyakan negara bersetuju dengan penilaian yang diberikan oleh ICC.

Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan menyatakan keputusan itu merupakan kemenangan bagi pihak yang menegakkan hak asasi kemanusian khsuusnya isu penindasan zionis Israel terhadap negara Palestin.

“Ini kemenangan bagi yang menegakkan keadilan, kemanusiaan dan tentunya membantu meringankan penderitaan rakyat di Gaza. Keputusan AS (menolak waran tangkap) tapi keputusan dunia (berpihak) sebaliknya.

“(Keputusan ICC) suatu pengesahan tentang apa berlaku selama ini yang kadang kadang dipertikaikan oleh beberapa sebahagian orang kerana ICC badan yang memutuskan berdasarkan hukum dan bukti,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas bertemu dengan rakyat di Medan Selera Presint 9 selain sempat meluangkan masa menunaikan solat Jumaat di Surau Al Husna, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan penilaian yang diberikan oleh ICC adalah wajar susulan ia dilaksana berlandaskan undang-undang, selain membukti bukti kezaliman serta penindasan yang dilakukan oleh Israel.

“Kita alu alukan keputuan itu dan setuju dengan tindakan bahawa kalau ada mana mana lawatan dia (Netanyahu) keluar harus ditangkap.

“Saya perhatikan ada beberapa negara Eropah telah membuat kenyataan sedemikian (menyokong keputusan ICC),” katanya.

Semalam, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, dan bekas Menteri Pertahanan Israel, atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

“ICC mengeluarkan waran tangkap untuk dua individu, Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024, hari pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap,” menurut kenyataan itu.

Pihak Berkuasa Palestin dan pejuang Hamas menyambut baik waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC berhubung perang di Gaza.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal