Anwar solat Jumaat, merarau bersama rakyat di Putrajaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Surau Al-Husna, Presint 9, di sini hari ini.

Solat Jumaat berkenaan diimamkan Mohd Firdaus Mohd Suhan itu disertai lebih 1,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Meraih Syarat, Menagih Selamat di Akhirat’ yang disampaikan oleh Mohd Firdaus.

Selepas solat, jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dan berswafoto dengan Perdana Menteri sebelum pemimpin berjiwa rakyat itu beredar meninggalkan surau.

Terdahulu, Anwar yang memakai baju melayu berwarna biru cair turut berkesempatan menikmati sajian makan tengah hari di Nasi Kandar Melayu, Medan Selera Presint 9, di sini.

Kunjungan ke masjid terpilih di seluruh negara menjadi antara rutin Anwar pada setiap Jumaat sejak menerajui kerajaan pada November 2022.

Selain menunaikan solat Jumaat, kesempatan mengunjungi masjid terpilih digunakan Perdana Menteri untuk mendengar sendiri aduan berkaitan masalah setempat disampaikan rakyat.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen