PM Anwar beri sumbangan peribadi kepada mangsa banjir Perlis

ARAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan peribadi menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Perlis kepada 46 keluarga terjejas akibat banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Arau dan Kangar.

Pengarah ICU JPM Perlis, Maznah Musa berkata, sumbangan disampaikan kepada 14 ketua isi rumah (KIR) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di Kangar.

“Selain itu, seramai 12 KIR di PPS SK Dato Ahmad Musa turut menerima sumbangan; PPS SK Kubang Gajah (13 KIR) dan PPS SK Arau (tujuh KIR) dalam kawasan Parlimen Arau.

“Kita menghulurkan dua sumbangan, satu sumbangan daripada Perdana Menteri sendiri dan satu lagi sumbangan daripada bantuan wang ihsan yang diperuntukkan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada keluarga mangsa banjir di PPS SK Arau di sini hari ini bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd. Rahman.

Menurut Maznah setiap KIR menerima RM1,000 bantuan wang ihsan Nadma yang diberikan kepada keluarga yang berpindah ke PPS.

Setakat pukul 6 petang ini, jumlah mangsa banjir di Perlis adalah seramai 147 orang daripada 46 keluarga di empat PPS.

Related Posts

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

LIMBANG – Sebuah unit rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran petang semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

MIRI – Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Airport, di sini, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan