MAIWP peruntuk RM1.1 juta sumbangan zakat bagi program Nur Ramadan 2025

LABUAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sumbangan wang zakat sebanyak RM1.1 juta bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan menerusi program Nur Ramadan 2025.

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, RM300,000 diagihkan kepada 1,500 asnaf dan fakir miskin di Wilayah Persekutuan Labuan.

Program anjuran JWP bersama Perbadanan Labuan bagi peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun ini diadakan di Surau Annur Rahim Kampung Sungai Buton, di sini pada Sabtu.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam program itu menyerahkan bantuan wang tunai RM200 kepada setiap 300 orang asnaf termasuk anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang berkemampuan.

“Surau Annur Rahim Kampung Buton turut menerima sumbangan khas sebanyak RM5,000 daripada JWP bagi membantu menaik taraf fasiliti surau terbabit,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, Dr Zaliha turut menyantuni anak-anak Maahad Tahfiz Madrasah Al Ansar dan ahli kariah Masjid Sirajul Islam, Kampung Tanjung Aru dalam Program Singgah Sahur pada Ahad selain Maahad Tahfiz dan masjid berkenaan masing-masing menerima sumbangan RM5,000.

“Sebanyak RM75,000 turut diperuntukkan bagi setiap Wilayah Persekutuan menyediakan juadah berbuka puasa dan moreh kepada para asnaf yang hadir.

“Program ini diharapkan dapat mengeratkan ukhuwah, kasih sayang dan persaudaraan yang teguh, sesuai ajaran Islam yang mahu rakyat bersatu padu, berkeluarga dan mengukuhkan silaturrahim agar Wilayah Persekutuan terus maju, sejahtera, aman dan damai selari Aspirasi Malaysia MADANI,” tambah kenyataan itu.

Related Posts

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial yang didakwa berkaitan penyebaran maklumat palsu dan pendedahan maklumat peribadi tanpa kebenaran. Tindakan ini dijalankan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga santan stabil menjelang bulan depan – Mat Sabu

KERAJAAN memberikan jaminan harga santan akan stabil menjelang bulan depan, terutama pada sambutan Hari Raya Aidiladha. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan mengimport buah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini