PRK DUN Ayer Kuning: BN ada strategi sendiri dalam tangkis sentimen pembangkang – Saarani

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya mempunyai strategi tersendiri dalam menangkis sentimen pembangkang dalam meraih undi sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak menyangkal ucapan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, yang masih memainkan sentimen isu ‘UMDAP’ yang merujuk kepada kerjasama politik antara UMNO dan DAP dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Malah beliau turut mengingatkan bahawa parti Pas juga dahulu adalah penyokong kepada ‘PASDAP’ ketika penubuhan Kerajaan Perak melalui kerjasama Pas dan DAP.

“Pada tahun 2008, Idris dan Razman Zakaria (Timbalan Pengerusi PN Perak) adalah penyokong kepada ‘PASDAP’ dengan penubuhan Kerajaan Perak melalui kerjasama Pas dan DAP.

“Kemudian pada tahun 2018, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui BERSADAP (merujuk kepada Bersatu dan DAP).

“Jadi apa masalahnya? Melainkan ia hanya untuk menyakiti orang lain.

“Tidak mengapa, jika mereka masih ‘play this game’, saya akan bawa slaid. Akan ceritakan kepada semua sebelum ada UMDAP, adanya BERSADAP dan PASDAP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, Tapah, pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Dalam ucapan Idris ketika Pelancaran Jentera PN PRK DUN Ayer Kuning, di Padang Awam Tapah Road, Tapah, malam tadi, Pas masih mengapi-apikan isu UMDAP bagi mempengaruhi para pengundi di sana.

Ujarnya UMNO telah memungkiri janji kepada para pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menolak DAP, namun selepas itu bergabung dengan parti DAP demi menerajui kepimpinan negeri Perak.

Sementara itu, mengulas lanjut, Saarani berkata, BN akan melancarkan jentera PRK DUN Ayer Kuning pada 5 April depan.

“Pelancaran jentera akan dibuat pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan.

“Majlis tersebut akan diadakan sebelum penamaan calon. Ia dianjurkan setiap tahun, namun kali ini kita tumpang majlis pada Sabtu itu.

“Pada majlis itu, akan diadakan pelancaran jentera dan pada hari sama juga, kita akan umumkan calon,” jelasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM