Program JIMAT bantu keluarga ATM berbelanja pada harga murah

KLUANG – Kementerian Pertahanan Malaysia akan memperkenalkan program Jualan Istimewa Madani Angkatan Tentera (JIMAT) yang akan berlangsung di setiap kem tentera di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, di bawah Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) program JIMAT itu dilaksanakan sebagai inisiatif membantu kumpulan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapatkan barang keperluan dengan harga lebih rendah.

“Program JIMAT ini akan bermula bulan ini dimana ia beroperasi pada setiap hari Sabtu minggu terakhir untuk setiap bulan. Kalau jualan Rahmah dilaksanakan dalam tempoh dua ke tiga kali setahun, tapi JIMAT akan berlangsung sebanyak 12 kali setahun.

“Jualan murah yang menawarkan potongan sebanyak 22 hingga 30 peratus ini akan dilaksanakan di 93 buah kedai Pernama di setiap kem tentera di negara ini.

“Sebagai contoh beras tempatan seberat 10 kilogram kebiasaannya dijual pada harga RM38.30, namun melalui program JIMAT, harga makanan asas itu menjadi RM35.20. Mi segera kebiasaannya bernilai RM5.25, namun di JIMAT harga yang dijual adalah RM3.50,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam acara Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri di Kem Mahkota, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut Mohamed Khaled, untuk peringkat awal, sebanyak 28 jenis barangan keperluan asas akan dijual pada acara tersebut dan jumlah itu akan ditingkat daripada semasa ke semasa.

Tambah beliau, inisiatif diperkenalkan adalah sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan oleh pihak kementerian oleh petugas keselamatan.

“Banyak lagi yang sedang kita susun. Matlamat kami kepada kumpulan ATM bukan semata-mata tentang kesiapsiagaan, tetapi kesejahteraan anda juga diberikan perhatian.

“Program JIMAT dilaksanakan bukan disebabkan ada sesuatu nak berlaku di Mahkota, tapi ini adalah penghargaan kepada semua golongan tentera kerana ia akan diadakan di seluruh kem dalam negara,” katanya.

Related Posts

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan umat Islam di negara ini agar menjadikan ibadah puasa sebagai medan terbaik untuk meningkatkan martabat serta membentuk sahsiah diri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

SANDAKAN – Terry Pernell, seorang American Travel Content Creator, meluahkan rasa kagum terhadap keindahan dan keramahan penduduk di Sandakan, Sabah. Menurut Terry, minatnya untuk meneroka Asia bermula selepas pengalaman melancong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

  • By Fandi
  • February 14, 2026
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang