‘Magical Wonderland’ Kuantan 188 dapat sambutan luar biasa

KUANTAN – Pertandingan Mencanting Batik dan Kostum Kanak-Kanak anjuran Kuantan 188, dekat sini, hujung minggu lalu berjaya menarik penyertaan menggalakkan.

Melalui kerjasama Kuantan 188, Pasar Sera dan Perhimpunan Kopi, seramai 17 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan mencanting batik dan 15 kanak-kanak menyertai acara kostum.

Semua peserta bagi kedua acara itu berusia antara 4 hingga 15 tahun.

Eksekutif Komunikasi Korporat Kuantan 188, Nur Sarah Alissa Ahmad Islanizam berkata, objektif utama penganjuran pertandingan itu adalah bagi menguji daya kreativiti kanak-kanak dan cara mereka menguasai imaginasi dalam menghasilkan karya masing-masing.

“Kami sangat berbesar hati apabila mendapat sokongan baik daripada ibu bapa kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kedua acara itu.

“Peserta bukan hanya dari Pahang, bahkan ia turut menarik minat keluarga dari negeri jiran di Pantai Timur.

“Secara keseluruhannya, program yang berlangsung sepanjang hujung minggu lalu meninggalkan kesan dan kenangan tersendiri kepada semua peserta dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Sarah Alissa memaklumkan, proses penilaian bagi kedua acara berkenaan dilakukan pasukan juri profesional yang dipilih khas oleh pihak pengurusan Kuantan 188.

Katanya, antara juri itu adalah Zamri Ismail, Fadlee Abd Rahim dan Peraveen Parthiban yang sememangnya terkenal dalam bidang kepakaran mereka.

“Kita harap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang selain meminta orang ramai untuk terus menyokong usaha Kuantan 188 dalam memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di Pahang,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu