Karnival Ria beri impak positif kepada pembangunan komuniti

KOTA KINABALU – Karnival Ria memberi impak positif terhadap pembangunan komuniti termasuk usaha menyatu padukan masyarakat dari pelbagai latar belakang. 

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, karnival itu dapat mencetus perpaduan dalam kalangan masyarakat Sabah. 

“Ia juga bukan hanya menjadi platform mendekati pemimpin dan masyarakat malah menjadi ruang untuk kita bersama-sama merapatkan ukhuwah. 

“Mempromosikan pelbagai agensi kerajaan sambil menyemarakkan semangat keluargaan dalam kalangan warga Sabah,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmiannya, di hadapan Menara Kinabalu pada Selasa. 

Jelasnya, karnival yang telah dirancang sejak Mei lalu turut memberi manfaat kepada semua golongan iaitu kanak-kanak, belia dan juga ibu bapa. 

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua yang hadir untuk memanfaatkan karnival ini sebaiknya sekali gus menyokong segala inisiatif yang telah dirancang. 

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ini ialah pameran agensi kerajaan, Jualan Rahmah, cabutan bertuah, pertandingan mewarna kanak-kanak, auto show dan e-sukan. 

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu