Madani Jahiliah: Hadi perlu ‘tabayyun’, henti buat fitnah

TINDAKAN  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan pendekatan Madani sebagai Madani Jahiliah adalah perbuatan fitnah yang melampaui batas.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menggesa pemimpin itu  mengambil pendekatan tabayyun (menyiasat) dalam memastikan setiap maklumat diterima dan disebarkan adalah perkara benar serta tidak memudaratkan.

Menurutnya, pendekatan itu sebahagian tuntutan Islam untuk menjaga kebenaran, keadilan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Amalan bertabayyun penting untuk memastikan setiap maklumat yang diterima dan disebarkan adalah benar dan tidak memudaratkan.

“Selain bertabayyun, Islam juga mengajar umatnya tidak bersangka buruk, mengadu domba dan menyebar fitnah,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau menjawab pandangan Abdul Hadi beberapa hari lalu, mengaitkan pendekatan Madani dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jahiliah berikutan ketidakhadiran Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah, Mesir bulan lalu.

Mengulas lanjut, Zulkifli memaklumkan gagasan Malaysia Madani berasaskan konsep Madinah oleh Rasulullah yang berjaya menyatupadukan warganya daripada pelbagai suku kaum melalui Piagam Madinah.

Jelasnya, dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri telah membuka ruang baharu untuk penyuburan ilmu serta akhlak Islam dalam pemerintahan serta politik dengan ajaran agama menjadi terasnya.

“Justeru, pandangan mengaitkan Madani dengan jahiliyyah adalah salah. Madani menyuburkan ihsan, peduli dan kasih sayang dalam setiap anggota masyarakat mampu mewujudkan keamanan, kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia.

“Dunia sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah model negara negara aman, damai dan hidup dengan penuh kerukunan berpaksikan fiqh at-ta’ayush, yang mempromosi idea wasatiyah dan hidup bersama dalam budaya damai,” katanya.

Mengulas ketidakhadiran Anwar pada sidang kemuncak itu, Zulkifli berkata, Anwar dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak ke sidang kemuncak berkenaan kerana mengutamakan tugasan rasmi.

“Pada tarikh sidang kemuncak itu (18-19 Disember lalu), Anwar dan kerajaan menerima kunjungan hormat kali pertama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow ke negara kita.

“Saya sendiri menyertai sesi mesyuarat dua hala dan sambutan rasmi tersebut di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya,” katanya.

Beliau menjelaskan, Anwar sudah mewakilkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak ke-11 D-8 kali ini.

D-8 yang ditubuhkan di Istanbul, Turkiye pada 15 Jun 1997 adalah sebuah kumpulan pakatan ekonomi dibentuk dalam kalangan negara Islam membangun yang terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan