Calon SPM Pahang dapat makan tengah hari percuma

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menaja makan tengah hari kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di negeri ini, kecuali pelajar tinggal di asrama.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah ini diambil sebagai tanda sokongan moral kepada anak-anak Pahang yang sedang berjuang demi masa depan mereka.

“Saya dimaklumkan bahawa YB (Yang Berhormat) Menteri Pendidikan amat menghargai inisiatif ini dan turut menyampaikan ucapan terima kasih serta salam kepada kita semua di negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM yang menduduki ujian bertulis bermula hari ini hingga 6 Februari depan.

“Semoga anak-anak semua diberi ketenangan, kekuatan, dan kebijaksanaan sepanjang menghadapi peperiksaan ini,” katanya.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan