Luqhmanul, Natalie juara boling tenpin MSSS 2024

KOTA KINABALU – Atlet tenpin boling, Muhammad Luqhmanul Irsyad, 12, sekali lagi raih gelaran juara dua tahun berturut-turut dalam acara individu, beregu dan berpasukan kategori lelaki bawah 12 tahun di Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2024.

Diikuti kejayaan sama, rakannya, Natalie Chong Yi Wen, 14, turut merangkul gelaran johan dalam semua acara kategori perempuan bawah 15 tahun.

Presiden Kelab Tenpin Boling Kinabalu (KTBK), Chong Kam Fui berkata, Luqhmanul dan Natalie bakal membawa cabaran mewakili Sabah bersama atlet lain mengikut kategori masing-masing dalam Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung pada 13 hingga 20 September di Selangor.

“Harap mereka akan memberi saingan yang terbaik dan mengharumkan nama kelab dan Sabah khususnya semasa kejohanan itu nanti,” katanya.

Manakala, atlet KTBK, Mohd Reevan Ishak mendapat tempat ketiga acara berkumpulan lelaki bawah 15 tahun manakala Muhammad Akmal Izzan tempat ke-13 kategori bawah 18 tahun.

Secara keseluruhan atlet KTBK mendapat enam emas dan satu gangsa dalam kejohanan yang berlangsung pada 28 Julai hingga 1 Ogos 2024 di KK Galaxy Bowl, Centre Point, di sini.

Majlis penutupan disempurnakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan