Patin kolam air bukit ubah persepsi patin kolam

JERANTUT – Ikan patin yang diternak dalam kolam sering dianggap kurang enak kerana dikatakan berbau hanyir dan isinya tidak kenyal berbanding patin sungai liar atau sangkar.

Namun, seorang penternak patin di Jerantut, Pahang, Yusairy Yusof menjelaskan bahawa penternakan di dalam kolam juga boleh menghasilkan ikan yang enak dengan penggunaan sumber air bukit yang sentiasa mengalir.

Usahawan yang juga bekas penerbit berita itu bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap patin kolam melalui jenamanya sendiri ‘Angah Livestock’ yang diusahakan sejak 2008.

“Penternakan dalam kolam menggunakan sumber air bukit yang mengalir berbeza kualitinya kerana rasanya sangat enak dan tidak hanyir, berbanding ikan kolam yang airnya tidak mengalir.

“Air bukit ini datangnya dari puncak gunung atau bukit bukau yang semula jadi, bersih dan ada sifat mineral tersendiri.

“Ini dapat membantu tumbesaran ikan patin dengan baik,” katanya seperti dilaporkan media.

Memanfaatkan sumber air bukit di tanah keluarganya di Kampung Perlok, di sini, Yusairy, 39, membuka tujuh kolam yang kini mampu mengeluarkan sebanyak 2.5 tan atau 2,500 ekor ikan patin setiap bulan dengan anggaran 30,000 ekor ikan setahun.

“Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai memberi maklum balas positif mengenai keenakan ikan patin air bukit ini.

“Ini sangat membantu mengubah persepsi negatif terhadap patin kolam,” katanya yang mempunyai pelanggan tetap di sekitar Pahang, Kuala Lumpur, Cyberjaya, Putrajaya dan Selangor, terdiri daripada pengusaha restoran dan peminat ikan patin.

Yusairy berkata setakat ini dia belum memaksimumkan pengeluaran dan hanya menternak mengikut permintaan semasa pelanggan, namun berharap penternak lain di Kampung Perlok diberi laluan untuk meluaskan pasaran mereka.

Bagaimanapun, Yusairy berharap kos makanan pelet ikan dapat dikawal memandangkan harganya kini meningkat kepada RM80 bagi setiap bungkus 20 kilogram berbanding sekitar RM60 sebelum ini.

“Kos penternakan bergantung kepada makanan ikan, ini kerana pembesaran dan kualiti ikan sangat baik jika 100 peratus diberi makan pelet berbanding menggunakan makanan alternatif seperti perut ayam, sisa ikan atau tumbuh-tumbuhan,” katanya yang juga berterima kasih kepada Jabatan Perikanan kerana banyak membantu ketika dia mula menceburi bidang itu.

Related Posts

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau