Bawang Assan terima peruntukan naik taraf hampir RM200 ribu dari pejabat Premier

SIBU- Kawasan Jalan Kiong Kiong, Jalan Chew Kung, Rumah Peter Tinggom dan Rumah Everly Bajut antara kawasan yang menerima peruntukan kira-kira RM200,000 untuk kerja-kerja naik taraf daripada pejabat Premier Sarawak.

Wakil Pembangunan Komuniti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau berkata, projek itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) Bahagian Sibu.

“Dana ini merupakan dana khas Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diluluskan oleh Premier.

“Projek menaik taraf jalan ini merangkumi pemasangan tembok penahan gabion seperti yang diminta oleh penduduk bagi bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah di jalan raya,” katanya.

Selain itu, lawatan secara kerap ke tempat yang terlibat bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh penduduk dan mereka mengutarakan agar dilakukan projek naik taraf di kawasan tersebut. Setelah mengumpulkan lebih banyak maklumat dan permintaan dengan bantuan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Sr Sim Kui Hian, cadangan naik taraf tersebut dibentangkan kepada Premier Sarawak.

“Pada bulan April tahun ini, kami telah menerima dana bagi kerja-kerja untuk menaiktaraf yang diperlukan untuk kawasan Bawang Assan”, tambahnya.

Beliau juga berharap projek naiktaraf ini dapat membantu menambahbaik kawasan penduduk di kawasan setempat.

  • Related Posts

    Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

    DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

    PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

    Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

    SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

    SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

    Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

    Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

    133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

    133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

    Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

    Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

    Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

    Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang