Logo halal tidak sah, kilang proses laksa dan kuetiau diserbu

KUALA KANGSAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Kangsar menyerbu sebuah kilang memproses produk laksa dan kuetiau di Sungai Siput, pada Rabu setelah didapati menggunakan logo halal tidak sah.

Serbuan dijalankan dalam satu operasi oleh KPDN Cawangan Kuala Kangsar bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, pemeriksaan lanjut ke atas produk akhir di kilang tersebut mendapati terdapat logo halal pada bungkusan produk laksa dan kuetiau.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, pemilik perniagaan telah gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, produk laksa dan kuetiau ini adalah edaran jualan sekitar Perak dan Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana disyaki telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran,” tambah beliau.

Beliau berkata, sebanyak 3,020 unit produk laksa dan kuetiau yang siap dibungkus dan tiga gulungan bekas plastik yang tertera logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan dan dokumen berkaitan telah disita.

Jelasnya lagi, nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM5,828.50.

Justeru katanya, kes disiasat di bawah Per.8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.

Selain tindakan kes di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, operasi bersepadu ini juga telah berjaya mengesan dua kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 melibatkan kompaun sebanyak RM1,000.

Katanya lagi, KPDN mengingatkan kepada peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menggunakan perakuan dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barangan keluaran tanpa kebenaran atau melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang dikuat kuasa.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan