Limbang bakal jadi bandar pintar rendah karbon – Abang Johari

LIMBANG – Limbang bakal berwajah baharu apabila ia dirancang untuk dibangunkan dan dinaik taraf sebagai bandar pintar rendah karbon di utara Sarawak menerusi satu pelan pembangunan yang tersusun.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, transformasi berkenaan diyakini mampu menjadikan kawasan itu sebagai sebuah bandar mampan, sekali gus menjadi daya tarikan baharu buat pengunjung luar.

Menurut beliau, inisiatif tersebut adalah amat bertepatan dan selaras dengan komitmen kerajaan negeri bagi menangani ancaman perubahan iklim yang kini semakin membimbangkan di peringkat global.

“Perubahan iklim kini semakin ketara dirasai di seluruh dunia apabila suhu global menunjukkan peningkatan mendadak, lantas memerlukan kita untuk memikirkan pembangunan yang lebih lestari.

“Jika Kuching mempunyai Darul Hana, Limbang dan Lawas juga berpotensi dibangunkan berasaskan konsep bandar rendah karbon dengan penekanan terhadap pengurangan pelepasan asap dan karbon demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Limbang di Kompleks Sukan Limbang pada Sabtu.

Hadir sama merancakkan program berkenaan, kepemimpinan tempatan dan warga daerah Limbang.

Dalam pada itu, Abang Johari memaklumkan Limbang sedang melalui beberapa fasa transformasi utama, termasuklah projek pembinaan Tebingan Sungai yang dijangka menjadi antara yang terpanjang di negeri ini.

Menyentuh mengenai pembangunan infrastruktur penghubung, beliau berkata, pembinaan jambatan kedua Sungai Limbang kini berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya sekitar September atau Oktober tahun ini.

Jelasnya, kemudahan itu dijangka dapat melancarkan pergerakan penduduk di antara Limbang dengan negara jiran, Brunei.

“Jambatan ini bukan sahaja memudahkan mobiliti, malah mengukuhkan hubungan ekonomi dan sosial antara kedua-dua kawasan.

“Kita akan melakukan perbincangan lanjut dengan kerajaan Brunei untuk memudahkan lagi pergerakan rentas sempadan selepas ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Abang Johari turut mendedahkan Sarawak ketika ini terpaksa menanggung perbelanjaan sekitar RM150 juta setahun hanya untuk membekalkan bahan api diesel ke kawasan Limbang dan Lawas.

Berikutan itu, peluasan sistem grid elektrik ke dua kawasan tersebut disifatkan sebagai langkah kritikal bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penjanaan kuasa menggunakan diesel.

“Projek grid elektrik di Limbang dijangka siap pada Julai ini, manakala di Lawas pada September.

“Apabila siap kelak, ia membolehkan bekalan elektrik disalurkan dengan jauh lebih efisien kepada penduduk,” tambahnya.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah