Lima rumah teres dijilat api di Lahad Datu

LAHAD DATU – Lima buah rumah teres setingkat jenis kekal musnah di jilat api dalam kebakaran di Taman Aman 1 Jalan Silam, di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, dua daripada rumah berkenaan musnah sepenuhnya, sebuah rumah terbakar 50 peratus manakala dua buah lagi terbakar 20 peratus.

“Sebaik menerima panggilan 5.31 petang, sepasukan 19 anggota bergegas ke lokasi bersama jentera untuk memulakan operasi memadam kebakaran.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki empat pancutan sumber air dari pili Bomba,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Sumsoa, kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Operasi ditamatkan pukul 8.35 malam selepas membuat pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar dan memastikan tiada bahaya lain yang wujud.

Related Posts

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

ALOR SETAR – Sebahagian bangunan Balai Polis Kepala Batas, di sini yang melibatkan bilik server musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Kejadian itu disedari oleh seorang anggota yang sedang bertugas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

TAWAU – Perpustakaan seluruh negara disaran memperkukuh peranannya agar kekal relevan seiring keperluan semasa dengan bertransformasi digital. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, peralihan tradisional kepada sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik