Dua lelaki cedera, dua lori sawit bertembung di Check Point Simpang Beluran

BELURAN – Dua lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah lori yang membawa muatan kelapa sawit di Check Point Simpang Beluran di sini pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Edoen Macheal berkata, kemalangan tersebut membabitkan pertembungan dua buah lori antara lori tiga tan dan lori 10 tan yang membawa muatan kelapa sawit.

“Mangsa berusia 46 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala mangsa berusia 18 tahun pula mengalami patah kaki dan tangan.

“Rawatan awal diberikan oleh pasukan Kesihatan kepada mangsa sebelum menghantar mereka ke Hospital Beluran menggunakan ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, Edoen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.57 pagi.

Jelas beliau, setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

“Sepasukan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 26 kilometer dari balai bomba.

“Bomba bertindak membersihkan kawasan kemalangan untuk mengelakkan sebarang bahaya,“ tambahnya.

Operasi ditamatkan pada pukul 9.13 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Related Posts

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di sini. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka