LIMA ’25: Polis terima 27 laporan kerosakan kediaman penduduk akibat gegaran

LANGKAWI – Sebanyak 27 laporan diterima berhubung kerosakan kediaman penduduk kampung yang dipercayai akibat gegaran semasa pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, semua laporan tersebut akan disiasat sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

“CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) akan membuat pemeriksaan dan setelah pemeriksaan serta pengesahan dilakukan, hasil siasatan akan diserahkan kepada pihak penganjur, iaitu Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC), untuk dibuat pengkategorian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Operasi Keselamatan dan Lalu Lintas sempena LIMA ’25 di Pusat Latihan Polis Langkawi, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Fisol berharap laporan yang dibuat adalah sahih dan tiada pihak yang mengambil kesempatan atas insiden berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyatakan bahawa pihaknya mengambil maklum serta tidak akan mengabaikan dakwaan kerosakan rumah penduduk yang dikaitkan dengan penganjuran LIMA ’25.

Sementara itu, Fisol memaklumkan sebanyak 9,000 tempat letak kereta disediakan di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan 300 lagi di Resorts World Langkawi bagi kemudahan pengunjung ke LIMA ’25 yang mula dibuka kepada orang awam bermula esok.

“Orang ramai yang hendak menyaksikan pertunjukan udara mahupun maritim esok dinasihatkan datang lebih awal bagi mendapatkan parkir. Saya juga difahamkan sebanyak 35,000 tiket dalam talian telah dijual dan saya rasa itu adalah jumlah yang besar,” katanya.

Selain itu, Fisol turut menyarankan supaya orang ramai menggunakan perkhidmatan e-hailing rasmi LIMA ’25 iaitu MyCar kerana ia lebih murah berbanding bergerak sendiri.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy