KPWKM peruntuk RM13 juta tampung operasi 38 PPDK di Sabah

LAHAD DATU – Sebanyak RM13 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menampung kos pengoperasian 38 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh Sabah, tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha itu juga bagi memastikan PPDK terus kekal beroperasi dan relaven dalam mendidik anak-anak istimewa.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukan lebih RM1.3 bilion khusus untuk golongan ini berbanding RM1.2 bilion pada tahun sebelumnya.

“Kebanyakannya adalah tertumpu kepada aspek meningkatkan kebajikan serta kesejahteraan golongan istimewa ini,” katanya dalam Program My Special Got Talent di Dewan Sri Perdana, di sini, pada Khamis.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, Farah Adura Hamidi.

Jelas Nancy, program My Special Got Talent ini bukan hanya memberi komuniti OKU pentas untuk berkarya, tetapi juga membuka ruang kepada mereka untuk berkembang dan menyumbang kepada komuniti.

“Kita harus bersama-sama memastikan bahawa setiap insan tanpa mengira keupayaan fizikal atau mental, mendapat akses kepada pendidikan, pekerjaan serta ruang untuk menunjukkan potensi diri.

“Apabila kita menyaksikan persembahan dan hasil kerja anakanak istimewa kita pada hari ini, kita bukan sahaja melihat kreativiti tetapi juga daya tahan, kesungguhan dan semangat juang mereka yang luar biasa.

“Mereka telah mengatasi cabaran, menepis persepsi negatif, dan membuktikan bahawa mereka juga berhak mendapat peluang yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semangat anak-anak istimewa terus menjadi inspirasi kepada semua untuk terus mengangkat nilai inklusiviti dan kesetaraan dalam masyarakat.

Pada program itu, pelatih OKU PPDK juga berentap dalam pertandingan pakaian daripada bahan terpakai dan pertandingan tarian tradisional.

Sebanyak 10 reruai antaranya dari PPDK bahagian Tawau, Deaf Society dan PRAISE Lahad Datu membuka pameran dan jualan hasil kraftangan pelatih-pelatih OKU tersebut.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan