Staf pejabat duta Israel maut ditembak jarak dekat

WASHINGTON – Dua kakitangan Kedutaan Israel maut dalam kejadian tembakan berhampiran Muzium Yahudi Capital, Washington D.C pada malam Rabu (waktu tempatan), menurut kenyataan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Menurut polis, kejadian berlaku di persimpangan 3rd Street dan F Street, Northwest yang terletak berhampiran pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat.

Ketua Polis Washington, Pamela Smith, memaklumkan seorang suspek dilihat berlegar-legar di luar muzium sebelum majlis bermula berjaya ditahan.

Jurucakap Kedutaan Israel, Tal Naim Cohen, mengesahkan bahawa dua kakitangan kedutaan terbabit ditembak dari jarak dekat ketika menghadiri satu majlis di kawasan itu.

Setakat ini, kedutaan Israel belum mengeluarkan sebarang maklumat lanjut mengenai identiti suspek, mangsa atau motif serangan.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Kristi Noem, turut mengesahkan kematian dua kakitangan kedutaan Israel itu dalam satu kenyataan di platform X.

“Kami sedang menyiasat secara menyeluruh dan akan berkongsi maklumat terkini sebaik diperoleh.

“Kami akan pastikan pelaku kejam ini diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Pengarah FBI, Kash Patel, turut memaklumkan bahawa dia dan pasukannya sedang bekerjasama rapat dengan Polis Metropolitan bagi menyiasat insiden tersebut.

Difahamkan, Peguam Negara AS, Pam Bondi, serta Peguam Persekutuan untuk Daerah Columbia, Jeanine Pirro, turut hadir ke lokasi kejadian.

Polis Metropolitan bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan satu sidang media rasmi akan diadakan dalam masa terdekat.

Related Posts

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diiring keluar dari dewan pada majlis White House Correspondents’ Dinner di sini, selepas beberapa bunyi kuat dipercayai sebagai tembakan kedengaran berhampiran lokasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan wakilnya supaya tidak berangkat ke Pakistan bagi rundingan damai dengan pegawai Iran. Bagaimanapun, Trump menegaskan bahawa langkah itu tidak bermaksud perang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jurugambar veteran Bernama Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia

Jurugambar veteran Bernama Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia