Lelaki maut, seorang lagi cedera dipijak gajah liar

SEORANG lelaki maut, manakala seorang lagi cedera diserang gajah di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Felda Tenggaroh 5 di Mersing, Johor, pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika dua mangsa terbabit dipercayai mendekati gajah yang sebelum itu dikesan menceroboh kampung untuk menghalau haiwan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, K Raven Kumar, mengesahkan kejadian itu dengan maklumat awal diterima mengenai kehadiran gajah terbabit jam 8.30 pagi, sebelum ia disalurkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, beliau turut memaklumkan penduduk sekitar supaya tidak mengganggu atau mendekati kawasan gajah terbabit, namun jam 11.30 pagi Pengurus Felda terbabit menerima panggilan memaklumkan dua individu diserang dan dipijak gajah.

“Difahamkan mangsa yang maut dan cedera dipercayai mendekati gajah bagi tujuan menghalaunya dengan membawa kayu.

“Kami berdukacita dengan kejadian itu dan menggesa Perhilitan mengambil tindakan sesuai dengan segera bagi menangani isu gajah berkeliaran di kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini gajah pernah dilihat berkeliaran di beberapa kawasan agak jauh daripada lokasi kejadian.

Related Posts

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

LIMBANG – Semangat gotong-royong dan muafakat terus utuh dalam kalangan penduduk Kampung Kuala Mendalam apabila mereka berganding bahu membersihkan Klinik Kesihatan Kuala Mendalam yang terjejas teruk akibat ribut dan hujan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

KOTA KINABALU – Sektor pelancongan di negeri ini akan terus berdaya tahan meskipun berdepan cabaran susulan konflik semasa di Asia Barat. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM