Harga minyak sawit terus aliran meningkat

PUTRAJAYA – Niaga hadapan minyak sawit Malaysia meneruskan aliran meningkat hari ini berikutan permintaan kukuh dari India dan kebimbangan bekalan di negara-negara pengeluar utama minyak sawit.

Kontrak penanda aras minyak sawit untuk penghantaran Disember di Bursa Malaysia Derivatives Exchange meningkat RM57 atau 1.41 peratus kepada RM4,100 (AS$992.74) satu tan.

Broker di SSY Global, Marcello Cultrera, berkata permintaan kukuh dari India, didorong oleh penggunaan domestik dan pengisian semula stok sebelum musim perayaan terus mengekalkan harga minyak sawit di paras tinggi.

Selain itu, katanya ia juga menerima kesan daripada kebimbangan mengenai pengeluaran minyak sawit yang tidak berubah atau menurun di Malaysia dan Indonesia akibat keadaan cuaca semasa.

“Apabila musim monsun timur laut semakin hampir dan kitaran pengeluaran melambat, kebimbangan semakin meningkat mengenai kemungkinan mencapai kemuncak pengeluaran pada Oktober,” katanya.

Semalam, Pusat Meteorologi Khas ASEAN melaporkan bahawa keadaan cuaca lebih lembap dijangka bagi kebanyakan kawasan khatulistiwa antara 30 September hingga 13 Oktober ini.

Indonesia dan Malaysia, pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, menyumbang sekitar 85 peratus daripada eksport dunia.

Kontrak minyak soya paling aktif di Dalian meningkat 1.32 peratus, manakala kontraknya untuk minyak sawit naik 1.84 peratus manakala harga minyak soya di Chicago Board of Trade pula jatuh 0.43 peratus.

“Terdapat permintaan yang lebih lemah untuk bahan api bio di sesetengah rantau disebabkan oleh penurunan harga minyak mentah.

“Memandangkan minyak soya digunakan dalam pengeluaran bahan api bio, penurunan harga tenaga boleh mengurangkan permintaan untuk minyak soya sebagai bahan mentah,” kata Cultrera.

Related Posts

Agropelancongan durian pacu ekonomi tempatan, 30 kebun jana nilai tambah industri Sabah
  • IthmaIthma
  • December 13, 2025

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa agropelancongan durian di Sabah kini dilihat sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi luar bandar.  Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, sebanyak 30…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Expo Viral Limbang 2025 sasar 20,000 pengunjung

LIMBANG — Expo Viral Bersama Selebriti Tahun 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 14 Disember ini di Dewan Serbaguna Batu Biah, di sini, disasarkan menarik seramai 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM