Lelaki maut motosikal terbabas langgar besi penghadang jalan

KUANTAN – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 217.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), dekat sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 7.45 pagi itu, mangsa, Lee Jun Jin, 20, berasal dari Klang, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R15 dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat,” katanya lagi.

Mohd Adli berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pemeriksaan ke atas motosikal oleh pihak Puspakom.

“Usaha untuk mengesan saksi kejadian sedang dilakukan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam