Junjung titah Agong, UMNO batal perhimpunan solidariti Najib

UMNO membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan solidariti terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Titah Adendum, Isnin depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti berkenaan akur kepada segala saranan serta menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, supaya menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan bagi kes bekas Perdana Menteri itu.

“UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong.

“Atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan sebagaimana arahan Ketua Polis Negara, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan pada 6 Januari 2025,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sehubungan itu, UMNO merakamkan penghargaan terima kasih kepada ahlinya di seluruh negara kerana sudah pun menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI