Lelaki lemas ketika mandi di Dabong

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Kenerong, Dabong, Kuala Krai, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, mangsa berusia 47 tahun dari Kampung Dabong dipercayai ke sungai berkenaan pada 12.30 tengah hari untuk mandi-manda bersama sembilan rakannya.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa turun terlebih dahulu untuk memeriksa kedalaman air sungai tetapi dibawa arus deras dan terus hilang,” katanya seperti dilapor Bernama.

Mazlan berkata, mayat mangsa ditemukan jam 4.13 petang oleh pasukan penyelamat dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zaid Ibrahim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan pada 2.15 petang dengan kekuatan 10 anggota bersama tiga anggota polis.

“Setelah operasi SAR dijalankan selama dua jam, anggota penyelamat menemukan mangsa tersangkut pada batu di kedalaman kira-kira 3.7 meter, tidak jauh dari lokasi,” katanya.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026