Lelaki ditahan bawa 1,190kg lobak merah tanpa isytihar kastam

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau menahan seorang lelaki selepas dikesan membawa 170 kotak mengandungi 1,190 kilogram (kg) lobak merah dianggarkan bernilai RM3,400 tanpa pengisytiharan kastam, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pemahaman itu dibuat selepas pihaknya mengesan sebuah bot kargo yang bergerak laju keluar dari perairan Batu 3, menuju ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia kira-kira pukul 11.10 pagi.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 0.8 batu nautika utara Sungai Melayu itu mendapati juragan warga tempatan berumur 24 tahun berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengisytiharan kastam berkaitan barangan yang dibawa selain tiada daftar nama di dalam lesen bot.

“Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM46,000,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan
Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

Menurut Shahrizan, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlakunya cubaan penyeludupan barangan terbabit ke negara jiran bagi pasaran luar.

“Siasatan juga akan dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi yang digunakan oleh pengusaha barangan runcit bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Penguatkuasaan akan terus diperkasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang
melanggar undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa,
khususnya di perairan Tawau,” jelasnya.

Tegasnya, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan sementara aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

Sehubungan itu, Shahrizan menyeru orang awam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999.

Related Posts

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah menyatakan sokongan padu terhadap tindakan undang-undang yang diambil oleh Sabah Law Society (SLS) dalam menuntut hak perlembagaan negeri berkaitan 40 peratus hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI