KPDN Kedah rampas pencuci pakaian tiruan bernilai RM19,000

KUBANG PASU – Lebih 1,000 botol cecair pencuci pakaian tiruan jenama popular bernilai hampir RM20,000, dirampas dalam tiga serbuan serentak dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah di tiga daerah dalam negeri ini, pada Selasa.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi di tiga pasar raya dalam daerah Kota Setar, Sungai Petani dan Baling.

Katanya, operasi di kesemua pasar raya itu turut disertai oleh wakil pemilik cap dagangan berdaftar cecair pencuci pakaian tersebut.

“Secara keseluruhannya, kami merampas 1,049 botol cecair pencuci pakaian tiruan yang dijual di ketiga-tiga pasar raya terbabit bernilai RM19,897. Sebanyak 572 botol dirampas di Sungai Petani, 283 botol dirampas di Kota Setar dan 194 botol dirampas di Baling.

“Jika dilihat dari mata kasar, pelekat dan botol digunakan kelihatan hampir sama. Namun jika diteliti dengan lebih mendalam, botol cecair pencuci yang asli mempunyai pelekat lebih licin manakala label pada botol palsu kelihatan sebam.

“Selain itu pengguna dapat mengesan perbezaannya melalui bau. Bau cecair pencuci pakaian yang palsu itu tidak sewangi produk asli malah ada antaranya tidak berbau wangi langsung,” katanya dalam sidang akhbar di Stor KPDN Kedah di Tunjang dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga pasar raya tersebut mendapatkan bekalan cecair pencuci pakaian itu dari ejen yang sama.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan