Projek Tebingan Sungai Bekenu tarikan pelancongan, rancakkan ekonomi

BEKENU – Kampung Rambai di Bekenu bakal menyaksikan transformasi signifikan dengan pelancaran Projek Tebingan Sungai Bekenu yang dijangka menjadi mercu tanda baharu bagi kawasan tersebut. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus menegaskan projek ini bukan sekadar pembangunan infrastruktur, tetapi satu pelaburan strategik bagi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat tempatan.

“Tebingan sungai ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat rekreasi dan daya tarikan pelancongan, malah ia juga akan menjadi platform bagi komuniti setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi,” katanya.

Projek ini melibatkan pembangunan kemudahan rekreasi di sepanjang tebingan sungai Kampung Rambai, bertentangan dengan Pasar Bekenu. 

Antara kemudahan yang akan disediakan ialah kawasan beriadah, kemudahan awam, akses kemudahan orang kurang upaya, ruang khas untuk aktiviti regatta serta aktiviti memancing yang lebih selesa.

Selain meningkatkan daya tarikan pelancongan, projek ini turut membuka peluang baharu dalam sektor perniagaan dan ekonomi tempatan. 

Penduduk kampung juga berpeluang mengembangkan produk tempatan mereka sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

Beliau juga menyeru agar semua pihak terus bekerjasama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek ini yang turut merangkumi penambahbaikan infrastruktur seperti jalan raya, lampu jalan dan kemudahan awam lain.

“Semoga projek ini membawa kemakmuran dan manfaat kepada semua,” katanya sebelum merasmikan projek tersebut secara rasmi.

Projek Tebingan Sungai Bekenu Kampung Rambai dijangka bukan sahaja memperindah tebingan sungai Kampung Rambai tetapi juga berfungsi sebagai langkah penting dalam melindungi kawasan tersebut daripada hakisan. 

Perancangan rapi dan pelaksanaan yang sistematik, projek ini diharapkan dapat memberi impak positif terhadap pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat dalam jangka masa panjang.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta