Fenomena perubahan cuaca dunia, Selangor lancar Dasar Perubahan Iklim

KERAJAAN Selangor melancarkan Dasar Perubahan Iklim Selangor bagi persediaan mendepani fenomena perubahan cuaca yang melanda seluruh dunia.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dasar itu merangkumi 10 teras strategik dan 70 tindakan utama melibatkan agensi negeri, persekutuan, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.

Menurutnya, penekanan diberikan kepada penggunaan tenaga, pengurusan sisa, pengangkutan awam dan keterjaminan makanan menerusi tiga fasa pelaksanaan sehingga selepas 2030.

“Ia akan diselaras melalui Pusat Adaptasi Perubahan Iklim yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sedang dibentuk.

“Dasar ini akan menjadi dokumentasi yang tangkas dan mampu mengadaptasi keperluan, idea serta teknologi baharu yang mengukuhkan usaha Selangor beradaptasi kepada risiko perubahan iklim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Amirudin berkata, penyesuaian kepada perubahan iklim bukan satu pilihan tetapi tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat bagi menjamin masa depan negeri yang bukan sahaja maju tetapi berdaya huni.

“Kerajaan negeri mengorak ke hadapan dengan langkah adaptasi dan mitigasi yang dicerminkan dalam dokumen Dasar Perubahan Iklim bagi mencapai hasrat Selangor sebagai negeri sifar pengeluaran karbon menjelang 2050.

“Semalam, Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersidang di COP29 di Baku, Azerbaijan (sekali gus) menampakkan negara-negara seluruh dunia perlu menangani isu perubahan iklim dengan lebih mendesak,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam