Muda sah tidak bertanding PRK DUN Mahkota

KLUANG – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor hari ini mengesahkan bahawa parti berkenaan tidak akan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, nanti.

Perkara itu diputuskan setelah mengadakan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Negeri Muda Johor dan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

Muda Johor dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini, pihaknya memilih untuk memberikan fokus kepada siri jelajah di seluruh daerah dalam negeri ini.

“Muda mengambil maklum tentang kekosongan kerusi DUN Mahkota, Parlimen Kluang, susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

“Hasil perbincangan yang telah dilakukan, kami telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam (PRK) DUN Mahkota,” katanya dalam kenyataan itu.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) Johor mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon parti bagi PRK DUN Mahkota.

Kelmarin, bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang juga Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN).

Related Posts

Jawatan tertinggi bukan jaminan jadi calon PKR PRU16

JOHOR BAHRU – Kedudukan sebagai ketua cabang, ketua wanita atau ketua pemuda PKR bukan jaminan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tegas tidak kompromi salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – PKR menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin atau ahlinya yang didapati menyalahgunakan kuasa. Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis