KOTA MARUDU – Seorang lelaki berusia 33 tahun dilaporkan cedera parah akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki jenis Toyota Hilux terbabas sendiri di bahu jalan di Puspakom di sini, pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, dua lagi mangsa lelaki, masing-masing berusia 22 dan 36 tahun hanya mengalami cedera ringan.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terbabas sendiri di bahu jalan.
“Terdapat tiga orang mangsa terlibat, dua orang mangsa mengalami cedera ringan manakala seorang mangsa cedera parah, tersepit yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, mangsa dihantar ke hospital oleh pihak ambulans bersama-sama keluarga mangsa mendapatkan rawatan selanjutnya.
Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.50 petang.







