TUARAN – Seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Nouga, Jalan Tenghilan, di sini, pada Isnin.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit kemalangan melibatkan pertembungan kenderaan jenis Perodua Bezza, Axia dan Mitsubishi Triton turut menyebabkan kecederaan kepada lima mangsa lain.

“Kemalangan melibatkan pertembungan tiga buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Bezza, Perodua Axia dan Mitsubishi Triton.
“Terdapat 10 mangsa terlibat, lima mangsa (Mitsubishi Triton) mengalami kecederaan telah keluar sendiri, lima mangsa (Perodua Axia) tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Seorang mangsa tersepit (Perodua Bezza) berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.






