Lebih RM2 juta disalur, komuniti Siam terus diperkasa

ARAU – Kerajaan menyalurkan lebih RM2 juta kepada komuniti Siam di negara ini bagi tempoh tiga tahun sejak 2023 sebagai usaha memperkasa pembangunan bahasa, budaya dan adat resam etnik tersebut.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peruntukan itu disalurkan melalui pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

“Perayaan Songkran bukan sekadar sambutan tahun baharu masyarakat Siam, tetapi mencerminkan keharmonian dan kekuatan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian.

“Dalam konteks Malaysia, Songkran menjadi simbol identiti bersama yang memperlihatkan bagaimana pelbagai budaya dapat hidup subur dalam suasana harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Etnik Siam Malaysia Songkran Peringkat Kebangsaan 2026 di Wat Macchimaprasit, Jejawi di sini hari ini.

Peruntukan tersebut melibatkan RM500,000 pada tahun 2023, diikuti RM840,000 pada 2024 dan RM750,000 pada 2025.

Aaron berkata, komuniti Siam di Malaysia dianggarkan sekitar 70,000 orang dengan sebahagian besar tertumpu di negeri utara Semenanjung.

Menurutnya, usaha memperkasa komuniti tersebut penting bagi memastikan warisan budaya mereka terus terpelihara dan tidak terhakis.

“Masih ramai yang kurang mengetahui kewujudan dan peranan komuniti Siam dalam landskap masyarakat negara ini.

“Naratif kepelbagaian ini perlu diangkat secara lebih meluas agar masyarakat dapat memahami, menghargai dan seterusnya memperkukuh semangat perpaduan,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan akan terus komited memperkasa komuniti tersebut melalui pendekatan inklusif yang menekankan pemeliharaan warisan budaya serta pengukuhan perpaduan nasional.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China