Corak kecederaan Zara konsisten jatuh dari tempat tinggi – Pakar patalogi forensik

KOTA KINABALU – Pakar patologi Forensik, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh memberitahu mahkamah bahawa kecederaan dialami Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir adalah konsisten dengan insiden jatuh dari tempat tinggi.

Dr Bhupinder yang merupakan saksi ke-68 berkata, beliau bersetuju dengan dapatan pemeriksaan bedah siasat oleh Pakar Patalogi Forensik dan pasukan berkaitan kecederaan luaran dan dalaman.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Bedah siasat dijalankan pada 10 Ogos 2025 di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth selepas penggalian semula mayat pada 08 Ogos 2025.

Katanya, beliau juga bersetuju dengan dapatan dan pandangan pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu iaitu tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak kerana ukuran ketinggian rel logam adalah 118 sentimeter (cm) dan ketinggian si mati 154 cm dengan perbezaan 36 cm.

“Berdasarkan ukuran itu, adalah tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri.

“Adalah mungkin si mati memanjat rel tersebut sebelum terjatuh. Saya bersetuju dengan dapatan Dr. Jessie Hui,” katanya dalam kenyataan bertulis yang dibaca di Mahkamah koroner.

Namun Bhupinder turut berkata, hubungan antara kecederaan dan ketinggian jatuh tidak boleh ditafsirkan secara berlebihan.

Katanya, corak kecederaan adalah bergantung kepada ketinggian, berat badan, kelajuan, permukaan hentakan, orientasi badan serta keanjalan tisu dan ketinggian jatuh adalah faktor utama.

Sebagai rekod, Dr Bhupinder adalah saksi yang dikemukakan oleh pasukan guaman yang mewakili salah seorang daripada lima remaja tertuduh bagi membantu dalam prosiding tersebut.

Related Posts

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos