Lebih daripada 112,000 rakyat Syria lagi yang hilang

LEBIH daripada 112,000 rakyat Syria yang hilang secara paksa di bawah rejim Baath masih belum dapat dikesan, dengan majoriti daripada mereka dipercayai telah dibunuh semasa dalam tahanan, menurut laporan Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria (SNHR).

Skala penyeksaan dan pembunuhan di luar proses perundangan di penjara Syria semakin terdedah selepas kejatuhan rejim Parti Baath selama 61 tahun pada 8 Disember lalu, lapor Anadolu.

Pangkalan data SNHR merekodkan kira-kira 136,000 individu yang ditahan atau hilang secara paksa semasa pemerintahan rejim Baath.

Bagaimanapun menurut data daripada SNHR, mendokumentasikan pembebasan kira-kira 24,200 tahanan daripada tempat tahanan di seluruh Syria sejak kejatuhan rejim.

Pengerusi SNHR, Fadel Abdul Ghany, memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengesahkan butiran individu yang dibebaskan dari penjara di Aleppo pada 28 November, Hama pada 5 Disember, Homs pada 7 Disember, dan Damsyik pada 8 Disember.

“Selepas mengecualikan pembebasan terbaru, 112,414 individu yang ditahan oleh rejim masih tidak dapat dikesan dan kemungkinan besar telah dibunuh.

“Oleh kerana mayat mereka belum dikembalikan kepada keluarga, mereka masih dikategorikan sebagai hilang secara paksa … Tiada bukti yang menunjukkan mereka masih hidup,” jelasnya.

Rejim Assad sengaja melambatkan rekod kematian

Ghany berkata, rejim itu sengaja melambatkan pendaftaran kematian dalam rekod sivil untuk memanjangkan penderitaan keluarga.

Beliau menjelaskan bahawa mereka yang dibunuh oleh rejim Baath sering mempunyai dua tarikh yang direkodkan dalam pendaftaran sivil iaitu tarikh sebenar kematian mereka dan tarikh pendaftarannya yang ditangguhkan, kadangkala bertahun-tahun kemudian.

“Mereka dibunuh dan didaftarkan tanpa dimaklumkan kepada keluarga mereka, meninggalkan keluarga dalam penderitaan berpanjangan sambil menunggu berita atau penemuan kubur besar malah taktik ini digunakan rejim untuk memberikan harapan palsu,” katanya.

Tanah perkuburan besar

Ghany juga menyatakan bahawa puluhan kubur besar masih belum ditemui di seluruh Syria namun hanya beberapa kubur besar yang telah ditemui, dan terdapat khabar angin bahawa banyak lagi masih tersembunyi.

Beliau menekankan bahawa proses mengenal pasti mayat dan memadankannya dengan sampel daripada keluarga mangsa yang hilang adalah sangat rumit iaitu hanya selepas mayat dikenal pasti barulah nasib mereka yang hilang secara paksa dapat disahkan.

Ghany turut memberi amaran agar tidak memberikan harapan palsu kepada keluarga berdasarkan khabar angin tentang kewujudan penjara bawah tanah rahsia.

Beliau berkata, semua penjara rejim telah dibuka selepas 8 Disember, tiada lagi tahanan di kemudahan tersebut, dan tiada penjara rahsia yang wujud.

Ditubuhkan pada Jun 2011 untuk mendokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik di Syria, SNHR meneruskan usaha di bawah pimpinan Abdul Ghany sementara ribuan keluarga masih menunggu berita tentang orang tersayang yang hilang.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti