Lebih baik cadang mansuh UEC berbanding ‘bungkuskan’ matrikulasi

PUTRAJAYA – Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adalah sistem pendidikan negara yang perlu dimansuhkan secara holistik, bukannya program pengajian matrikulasi yang dijadikan isu untuk ‘dibungkuskan’

Presiden Persatuan Pemuda, Puteri Malaysia Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya kenyataan awal Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang menuntut supaya program pengajian matrikulasi dimansuhkan.

Menurutnya, program matrikulasi perlu dikekalkan sebagai akses laluan utama ke universiti demi memastikan sistem ini berkualiti dan dapat melahirkan generasi yang bermutu dan berinterigiti tinggi.

“Pemansuhan program ini akan membataskan peluang pelajar ke pengajian tinggi dan tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara untuk masa jangka panjang.

“Perimau amat yakin komitmen serta ketelusan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan dalam memastikan pelajar mendapat peluang yang adil dan saksama.

“Langkah yang diambil adalah selaras dengan Perlembagaan dan falsafah yang telah diterapkan dan dipraktikkan dalam falsafah pendidikan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Terdahulu, Presiden UMANY, Tang Yi Ze menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di universiti awam (UA).

Tuntutan itu dibantah banyak pihak, antaranya Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman yang menyifatkan program matrikulasi negara adalah sistem pendidikan yang menyeluruh.

Kementerian Pendidikan sebelum ini tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi